Berita Utama

Polis, ATM buat rondaan pada hari raya

Di kawasan kediaman bagi pastikan SOP ziarah dipatuhi

PUTRAJAYA, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan di kawasan kediaman semasa sambutan perayaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan ziarah dipatuhi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya terdapat kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan bagi mengetahui jumlah individu yang berada di dalam kediaman itu.

“Jadi saya nak beri ingatan bahawa PDRM dan ATM telah setuju bergerak (memantau) pada hari raya pertama dan seterusnya bagi pastikan SOP dipatuhi,” katanya dalam sidang media harian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini menetapkan aktiviti ziarah-menziarahi semasa perayaan yang akan dirai dalam masa terdekat ini hanya pada hari pertama sambutan dan terhad kepada 20 orang, bergantung pada saiz kediaman. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button