Berita Utama

Setuju dengan TMJ, Agong bukan boneka: PEMBELA

Hentilah keluarkan kata-kata angkuh hina institusi diraja

BANGI, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Untuk pengetahuan kamu, Yang Di-Pertuan Agong bukan boneka demikian kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membidas tulisan seorang pengguna Twitter berhubung Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14.

Menerusi ciapan itu, pemilik akaun dikenali @HanifOmarYazid berkata, Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 semalam ditulis oleh kerajaan sekarang.

Membalas ciapan itu, Tunku Ismail menerusi akaun Twitter @HRHJohorII menyatakan, “FYI (untuk pengetahuan kamu), YDPA bukan boneka.”

Kenyataan itu ditangkap skrin oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan turut dikongsikan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Facebook.

“Setuju dengan Tengku Mahkota Johor. Yang Di-Pertuan Agong bukan boneka. Berhentilah dari mengeluarkan kata-kata angkuh yang menghina institusi raja-raja,” tulis PEMBELA.

Perkongsian PEMBELA turut mendapat perhatian beberapa pengguna media sosial yang turut membidas kenyataan individu terbabit kerana menghina raja-raja Melayu.

“Sampai bila dibiarkan mereka yang biadab ini menghina Islam, raja-raja Melayu, menghina Melayu. Tiadakah undang-undang yang dapat digunakan untuk menghukum mereka. Harap mereka ini semua dilucut kerakyatan. ISA perlu dikembalikan,” tulis Shima Mohamed.

“Undang-undang lebih keras, akta khas, UTK. Lindungi raja-raja Melayu terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Hukum bagi peringatan dan pengajaran keras. Harap pihak PDRM tolong jalankan tugas,” kata Puteri Mahanum Othman.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button