Berita Utama

Sidang DUN Perlis satu jam setengah

ADUN perlu datang awal jalani ujian saringan sebelum masuk dewan

KANGAR, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.

Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari berkata, perkara itu diputuskan seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menurut Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), susulan penularan wabak COVID-19.

“Kita akan pastikan persidangan berlangsung dalam tempoh yang disarankan iaitu selama satu jam setengah dan tidak akan melebihi dua jam,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Persidangan DUN Perlis ke-14 sepatutnya berlangsung selama dua hari bermula esok.

Hamdan juga berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu datang awal bagi menjalani saringan kesihatan yang akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis bermula 9 pagi sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan persidangan. -Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close