Berita Utama

4.9 juta penduduk dunia kini dijangkiti COVID-19

323,345 lagi maut, manakala lebih 1.68 juta pesakit sembuh

ANKARA, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia melepasi 4.9 juta pada Rabu, menurut Johns Hopkins University.

Agensi berita Turki Anadolu (AA) melaporkan seramai 323,345 lagi maut akibat virus itu manakala lebih 1.68 juta pesakit sembuh.

Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 1.52 juta kes disahkan dan 91,921 kematian, diikuti United Kingdom (UK) dengan 35,422 kematian dan Itali seramai 32,169 orang meninggal dunia.

Korban di Perancis pula seramai 28,025 orang disusuli Sepanyol dengan 27,778 kematian.

Rusia merekodkan jumlah kes kedua tertinggi menghampiri 300,000 diikuti Brazil, UK, Sepanyol dan Itali.

China mencatatkan 84,063 kes dan kematian kekal 4,638 orang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button