Berita Utama

Agong adakan mesyuarat Pra-Kabinet bersama PM

Guna sidang video berikutan negara laksana PKPB

KUALA LUMPUR, 27 Ramadan 1441H, Rabu –Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini mengadakan mesyuarat mingguan Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video di Istana Negara.

Mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video berikutan negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik COVID-19.

Sidang video bersama Perdana Menteri, yang bermula pada 8.30 pagi berlangsung selama 45 minit.

Sedutan sidang video itu turut dimuat naik dalam laman Instagram Istana Negara.

Menurut Istana Negara dalam catatannya, pada akhir sesi itu, Seri Paduka menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir Batin kepada Perdana Menteri dan keluarga serta Jemaah Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan.

Dalam ucapan balasnya, Muhyiddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh Kerabat Diraja. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close