Berita Utama

‘Bukan potongan tangan manusia’

MUKAH, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Penemuan potongan tangan yang mirip tangan manusia di Kampung Seberang Hilir, Dalat, dekat sini, Ahad lalu, kemungkinan milik seekor kera.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat, berkata perkara itu disahkan selepas pemeriksaan dilakukan di Hospital Mukah.

“Ia mungkin milik seekor kera,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang penduduk kampung tersebut terkejut apabila menemui tangan tersebut di belakang rumahnya sekitar jam 5 petang pada hari tersebut sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Pihak polis kemudian membawa tangan kanan yang terputus itu ke Hospital Mukah untuk pemeriksaan.

Saga juga turut mengesahkan tidak ada laporan mengenai kehilangan orang di daerah itu sejak dua bulan lalu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close