Berita Utama

DUN Perlis bersidang satu jam 57 minit

MB cadang usul Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis

KANGAR, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini memulakan persidangan dua harinya dengan bersidang selama satu jam 57 minit.

Persidangan bermula pada 10.05 pagi dan dihadiri oleh 14 daripada 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Difahamkan ADUN Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim tidak hadir kerana terkandas di Kalimantan, Indonesia.

Sebelum memasuki dewan, kesemua ADUN terbabit menjalani saringan kesihatan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Perlis yang bermula pada 9 pagi, selaras dengan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Pada persidangan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man mencadangkan usul Rang Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi meminda had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun serta had umur bertanding sebagai calon pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Usul dibahaskan oleh lima ADUN dan Speaker, Datuk Hamdan Bahari yang mempengerusikan mesyuarat berkata persidangan bersambung esok. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button