Berita Utama

Hanya kerana kuasa, Tun M sanggup jadi jurucakap DAP

Belum pun sepenggal memerintah, rakyat sudah benci PH

KLUANG, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu membela DAP kerana selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, rakyat sudah dapat menilai siapa parti yang sebenar.

Ketua UMNO bahagian Kluang Datuk Md Jais Sarday berkata, semua maklum belum pun satu penggal PH memerintah, mereka sudah begitu dibenci oleh rakyat.

“BN dan UMNO tewas pada pilihan raya lalu kerana fitnah. Rakyat terpedaya dengan janji manis PH dan akhirnya rakyat dapat menilai siapa yang mampu membela nasib rakyat.

“Jadi, tidak perlulah Tun menjadi jurucakap DAP,” katanya seperti dilapor UMNO Online.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Dr Mahathir tidak patut mengeluarkan kenyataan kononnya malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan menghancurkan bangsa itu jika berada dalam Kerajaan Malaysia.

Md Jais menegaskan, Dr Mahathir sepatutnya melihat kembali setiap video ucapan yang pernah diucapkan, kerana beliau adalah individu yang mengajar orang Melayu, khususnya ahli UMNO untuk membenci DAP.

“Tun patut malu apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana banyak bukti yang menunjukkan betapa Tun begitu membenci DAP tapi hanya kerana kuasa Tun sanggup pusing 360 darjah.

“Sepatutnya Tun tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak melambangkan gelaran ‘negarawan’. 

“Janganlah rosakkan gelaran itu dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sekarang menjadi bacul kerana takut kepada DAP, sehingga sanggup memilih penyangak sebagai pemimpin.

Selain itu, dalam tulisannya, Dr Mahathir mengakui orang Melayu mempunyai banyak kelemahan dan tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button