Dunia

Israel serang tentera Syria di Damsyik

Peluru berpandu dilepas dari utara Isral selepas tengah malam

DAMSYIK, 25 Ramadan 1443H, Rabu – Negara haram Israel melancarkan beberapa serangan peluru berpandu ke kawasan tentera Syria berhampiran ibu negara, Damsyik awal hari ini.

Media kerajaan yang memetik sumber pegawai tentera Syria mendakwa, peluru berpandu itu dilepaskan dari utara Israel selepas tengah malam, namun kebanyakannya ditembak jatuh.

Difahamkan, serangan itu berlaku beberapa jam selepas tentera Israel mendakwa sebuah dron rejim itu terhempas di sempadan Syria semalam, dan siasatan telah dibuka berhubung kes itu.

Setakat ini, tiada maklumat segera mengenai kematian, namun pihak tentera Syria masih melihat kesan pencerobohan itu.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, beberapa peluru berpandu itu melanda kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik di pinggir selatan ibu negara dan beberapa pinggir bandar.

Katanya, serangan itu disasarkan di kawasan tentera Syria serta beberapa pejuang yang disokong Iran.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas daripada tentera pengganas Israel mengenai serangan berhampiran Damsyik itu.

Ia adalah serangan terbaru ke atas Syria sejak 14 April, apabila beberapa peluru berpandu terkena pangkalan tentera Syria berhampiran Damsyik.

Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas sasaran di Syria, tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi sedemikian.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button