Berita Utama

Lebih 19,000 kes positif COVID-19 di Indonesia

Gabenor umum PSBB di Jakarta dilanjutkan sehingga 4 Jun

JAKARTA, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 19,000 dengan jumlah kematian meningkat kepada 1,242 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak 693 lagi kes positif baharu virus itu dilaporkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti virus itu kini 19,189 orang.

“Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 21 lagi kematian berlaku, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,242 orang,” katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 472 kes, diikuti Jawa Timur (228 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan turut mengumumkan pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di provinsi Jakarta dilanjutkan sehingga 4 Jun depan.

PSBB mula dilaksanakan 15 Mac lepas yang menguatkuasakan peraturan tertentu secara berperingkat-peringkat dan berkuat kuasa sehingga 22 Mei sebelum ini (sebelum dilanjutkan lagi sehingga 4 Jun). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button