Berita Utama

Malaysia Airports laksana langkah keselamatan untuk peruncit

Hanya penumpang, kakitangan saja dapat masuk premis

KUALA LUMPUR, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di bawah Bahagian Perkhidmatan Komersialnya, telah melakasankan langkah-langkah keselamatan mengikut garis panduan Kementerian Kesehatan untuk peruncit, pengendali makanan dan minuman dan di kedai perkhidmatan di premis lapangan terbangnya.

Dalam satu kenyataan hari ini, pengendali lapangan terbang itu berkata, langkah itu dibuat berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 1 Mei lepas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang membenarkan kedai runcit, makanan dan minuman serta kedai perkhidmatan Malaysia Airports untuk beroperasi semula pada 4 Mei.

“Untuk menguruskan kemasukan pelancong semula setelah penerbangan domestik disambung semula, kami memastikan kedai runcit, makanan dan minuman serta kakitangan kami mengamalkan kebiasaan baharu dengan mengambil langkah keselamatan dan kebersihan,” kata Pengurus Besa Kanan Bahagian Perkhidmatan Komersial MAHB Mohamad Nazli Aziz.

Beliau berkata, langkah-langkah ini diperlukan untuk meyakinkan penumpang bahawa kesejahteraan dan keselamatan mereka tetap menjadi keutamaan.

“Kami telah menerapkan amalan ini bukan hanya di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi di semua lapangan terbang domestik dan antarabangsa yang dikendalikan oleh MAHB,” kata Mohamad Nazli.

MAHB akan mengambil langkah berjaga-jaga kesihatan dan keselamatan seperti pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial, menjejaki kontak, urusniaga tanpa tunai, dan memastikan hanya penumpang dan kakitangan lapangan terbang sahaja yang dapat memasuki premis lapangan terbang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close