Berita Utama

Samarahan zon hijau

35 daerah berstatus hijau, 5 lagi status kuning

KUCHING, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Bahagian Samarahan kini bertukar daripada kawasan berstatus kuning kepada kawasan hijau, setelah tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat ini sebanyak 35 daerah berstatus hijau manakala lima buah daerah lagi dalam status kuning.

Dalam pada itu, Uggah berkata Jawatankuasa Bertindak yang diketuai Dr Jamilah Hashim, mengesan seramai 2,554 senarai kontak rapat kes positif COVID-19.

“Daripada jumlah tersebut, 86 peratus berjaya dihubungi dan setelah disaring, 16 daripada mereka didapati positif,” katanya pada sidang media harian JPBN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini hari ini.

Untuk rekod, hari ini adalah hari ketujuh Sarawak tidak merekodkan kes baharu positif COVID-19, dan kekal dengan 544 kes positif wabak dengan jumlah kematian sebanyak 17 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button