Berita Utama

Senarai berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

1. Ketua Polis Terengganu Datuk Roslee Chik menafikan pihak polis ada mengeluarkan arahan larangan pergerakan rentas daerah dan negeri bermula 22 hingga 27 Mei 2020 kepada semua balai polis di Terengganu seperti yang tular di media sosial.

Beliau menjelaskan hanya pergerakan rentas negeri sahaja tidak dibenarkan sebagaimana arahan sedia ada.

2. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menafikan pihaknya memberi kebenaran bagi penganjuran Bazar Ramadan di kawasan Tanjung Karang seperti yang tular di media sosial.

MDKS menjelaskan tapak jualan dalam video tersebut merupakan kawasan penjaja berlesen yang telah diberi kebenaran menjaja dalam tempoh PKPB mulai 13 Mei 2020 dengan syarat pematuhan SOP termasuklah penggiliran hari berniaga, penjarakan sosial dan penetapan waktu berniaga dari pukul 3 petang sehingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan.

MDKS menegaskan kawalan dan pemantauan berkala dilaksanakan oleh Penguat kuasa MDKS dengan kerjasama PDRM dan RELA. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close