Berita Utama

Isu perarakan Pemuda PAS sengaja diperbesar

Seolah satu kesalahan untuk hayati sirah, tamadun Islam

BANGI, 1 Syaaban 1444H, Rabu – PAS menyifatkan isu perarakan pakaian dan replika warisan Islam sengaja diperbesar-besar pihak tertentu tanpa sebarang alasan kukuh.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, kenyataan yang dikeluarkan mampu menyemai benih Islamofobia selain memberikan implikasi negatif kepada Islam.

“Jika diteliti program tersebut secara menyeluruh, ia sekadar perarakan yang meletakkan tema pakaian dan replika warisan Islam.

“Perkara tersebut tidak sepatutnya berbangkit kerana soal pakaian dan replika pedang warisan Islam yang digunakan adalah mengikut tema perjuangan jihad Rasulullah ﷺ ,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, perarakan anjuran Dewan Pemuda PAS Terengganu itu tidak dapat dizahirkan niat dan tindak-tanduk yang boleh disabitkan dengan sebarang bentuk perlakuan jenayah atau menggugat ketenteraman awam.

“Perarakan yang dikaitkan dengan keganasan seolah-olah menjadi kesalahan untuk umat Islam menghayati sirah Islam serta ketamadunan silam.

“Adakah sebarang bentuk imej Islam akan turut dikaitkan dengan keganasan sebagaimana tuduhan Islamofobia yang berlaku di Bara,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyatakan kesedihan apabila kepimpinan PH seolah-olah memberi gambaran agama Islam bersifat ekstrem dan bahaya.

“Malang sekali jika permusuhan politik yang tidak bersempadan sehingga akhirnya merosakkan wajah Islam khususnya di mata masyarakat bukan Islam,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar beberapa orang lelaki membawa objek berbentuk senjata iaitu tombak dan perisai sambil berarak di di daerah Setiu.

Selain itu, sebilah pedang besar turut berada di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai bagi acara konvoi perarakan yang sama pada program tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button