Berita UtamaDunia

Solat di perkarangan al-Aqsa dibenarkan minggu depan

Hampir dua bulan masjid ditutup ekoran penularan COVID-19

BAITULMAQDIS, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Solat di perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akan dibenarkan mulai minggu depan setelah hampir dua bulan ditutup ekoran penularan COVID-19, kata sebuah majlis agama, semalam.

Dalam satu kenyataan, Majlis Wakaf Islam mengatakan bahawa larangan solat di luar tempat suci tersebut akan ditarik balik selepas Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan.

Aidilftiri dijadualkan jatuh pada hari Sabtu atau Ahad.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan dan tiada maklumat menyatakan sama ada para jemaah akan dibenarkan masuk ke al-Aqsa dan Masjid Qubbah al-Sakhrah minggu depan.

Seorang pegawai agama Palestin di Baitulmaqdis memberitahu Reuters bahawa maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. 

Bermula Mac lalu, seluruh perkarangan Masjid al-Aqsa ditutup kepada orang awam bermula bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pengarah Masjid al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kisswani memberitahu, al-Aqsa ditutup buat pertama kali sejak 1967 kepada semua jemaah susulan arahan daripada Yayasan Waqf yang bertanggungjawab menguruskan kompleks masjid terbabit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button