Berita Utama

Thailand jangka vaksin COVID-19 sedia diguna tahun depan

Kes baharu kekal satu digit, tiada kematian dalam 24 jam

BANGKOK, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Thailand, negara pertama yang melaporkan kes COVID-19 di luar China, menjangkakan vaksin yang dibangunkannya sedia untuk digunakan menjelang tahun depan.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, vaksin yang dibangunkan dengan kaedah messenger RNA itu menunjukkan keputusan memberangsangkan menerusi ujian ke atas tikus.

“Vaksin itu dijangka diuji ke atas monyet minggu depan.

“Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan agensi berkaitan mempercepatkan proses … harapnya Thailand akan menjadi antara negara pertama yang menghasilkan vaksin yang sedia untuk digunakan,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 hari ini.

Vaksin itu dibangunkan secara bersama oleh Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin Universiti Chulalongkorn, Institut Vaksin Kebangsaan dan Jabatan Sains Perubatan.

Dilaporkan setakat ini lebih 100 vaksin berpotensi untuk COVID-19 telah dibangunkan di seluruh dunia.

Sementara itu, Thaweesilp berkata, Thailand kekal merekodkan kes baharu dalam satu digit dan tiada kematian baharu akibat COVID dalam tempoh 24 jam lepas.

Katanya hanya satu kes dilaporkan iaitu cef warga Thai berusia 45 tahun yang baru kembali dari Bahrain.

Kes baharu itu menjadikan kes kumulatif positif COVID-19 di Thailand sebanyak 3,034 kes dengan kematian kekal 56.

Beliau berkata, pesakit yang masih dirawat di hospital ialah 90 orang. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close