Berita Utama

Umat Islam di Labuan tak dibenar ziarah kubur

Sebelum atau selepas solat Aidilfitri serta hari berikutnya

LABUAN, 27 Ramadan 1441H, Rabu – Labuan, mengikut langkah Selangor untuk tidak membenarkan umat Islam menziarahi tanah perkuburan sepanjang sambutan perayaan Aidilfitri, sama ada sebelum atau selepas solat sunat Aidilfitri, dan pada hari berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, ketetapan itu diambil selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

“Perkara ini berpandukan kepada arahan terkini Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan…tidak dinafikan ada yang kelihatan mengeluarkan hantaran dalam Facebook menzirarahi pusara, dan diharapkan warga Labuan patuh dengan arahan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya tempoh ketetapan itu berkuat kuasa adalah tertakluk kepada suatu kenyataan lain yang akan dikeluarkan jabatan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button