Artikel Khas

Jika PM letak jawatan, kerajaan baharu tetap tak stabil

Bangunkan aplikasi sama seperti MySejahtera untuk e-voting

1. WALAUPUN Perdana Menteri menyusun ayat dengan begitu baik dan diplomatik, beliau sebenarnya sedang berpolitiking

2. Dah ahli politik, memang politikinglah kerjanya. Itu boleh difahami dengan mudah.

3. Beliau memang telah kehilangan majoriti. Namun beliau kekal kerana kem pembangkang tidak bersatu untuk melantik satu calon PM baharu

4. PRU-15 tidak boleh dilakukan dalam keadaan pandemik sekarang, jadi apa pilihan yang kita ada?

5. MAGERAN atau konsep negara ditadbir oleh pakar dan ahli teknokrat atau pemerintahan tentera bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan

6. Saya suka berfikir secara kreatif dan kritis. Kalau kita mampu membangunkan aplikasi mySejahtera yang ampuh bagi mevaksinasi majoriti rakyat Malaysia, membangunkan aplikasi serupa untuk e-voting sebenarnya tidaklah begitu sukar

7. Ya ada perkara dalam Perlembagaan yang perlu dipinda dan aspek keselamatan serta kerahsiaan perlu berada pada tahap tertinggi

8. Namun, pada pandangan saya ia boleh dilaksanakan cepat bagi membolehkan PRU-15 terus dilaksanakan tanpa perlu menunggu Julai 2022

9. Kalau vaksin boleh sampai ke kawasan rumah panjang di perdalaman tanpa jaringan komunikasi, mengapa tidak kotak undi elektronik?

10. Jika PM meletak jawatan esok sekalipun kita masih perlukan sistem e-voting kerana kerajan baharu tetap tidak stabil dan boleh tumbang bila-bila masa!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button