Berita Utama

Kebiadaban Xavier buat rakyat makin benci PH

Muafakat Nasional Selangor selar kenyataan biadab Xavier

SHAH ALAM, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Muafakat Nasional Selangor menyelar kenyataan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang dianggap biadab dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi satu kenyataan bersama, Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, Xavier tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan tersebut dan perlu menghormati Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama sehari dengan menghayati isi kandungan titah Agong.

Katanya, tindakan tersebut hanya menyebabkan rakyat Malaysia semakin membenci Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak mempedulikan institusi diraja.

“Jangan kerana kehilangan kuasa, beliau sudah tidak lagi bertindak secara waras sehingga semua perkara ingin dipertikai dan dihina dengan melulu,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Menerusi satu klip video sebelum ini, Xavier didakwa mengeluarkan kenyataan biadab dengan menyatakan Persidangan Parlimen pada 18 Mei lalu ‘sampah’ dan tidak berguna kerana semata-mata mendengar titah Yang di-Pertuan Agong tanpa ada sebarang perbahasan serta agenda mesyuarat yang lain.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menggesa bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu dikenakan tindakan tatatertib dan disiplin sebagai satu pengajaran supaya insiden itu tidak berulang.

“Rakyat Selangor wajar mengambil tindakan dengan membuat satu laporan polis bagi menyiasat tuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Rakyat.

“Kami juga menyeru rakyat Selangor bersatu menyokong Muafakat Nasional bagi membentuk gelombang memastikan negeri ini tidak lagi berada di bawah pentadbiran PH,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button