Dunia

100,000 kit ujian COVID-19 Palestin rosak angkara Israel

Zionis halang kenderaan hantar bahan klinikal dari Jordan ke Tebing Barat

RAMALLAH, 5 Safar 1442H, Rabu – Sekurang-kurangnya 100,000 kit ujian COVID-19 rosak dipercayai angkara rejim pengganas Israel, kata Menteri Kesihatan Palestin, Mai al-Kailah. 

Al-Kailah percaya Israel bertanggungjawab merosakkan kit ujian berkenaan ketika menghalang laluan kenderaan yang menghantar bahan klinikal itu dari Jordan ke Tebing Barat.

“Setakat yang ada di kementerian cukup untuk melakukan saringan selama tiga hari,” katanya. 

Bagaimanapun, tiada maklum balas daripada pihak berkuasa Israel mengenai dakwaan al-Kailah. 

Israel mengawal lintasan sempadan Al-Karama, satu-satunya pusat laluan antara Tebing Barat dan Jordan. 

Setakat semalam, pihak berkuasa kesihatan Palestin mencatat lima kematian dan 557 lagi kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah kepada 314 kematian dan 46,634 kes. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button