Berita Utama

20 ahli keluarga wanita hamil disahkan negatif

10 lagi masih menunggu keputusan dilakukan oleh pihak KKM

PUTRAJAYA, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan saringan terhadap 30 ahli keluarga wanita hamil yang disahkan positif COVID-19 selepas melakukan perjalanan rentas negeri ke Kelantan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut pihaknya mendapati 20 ahli keluarga yang melalui saringan dikesan negatif manakala 10 lagi masih menunggu keputusannya.

“Dari segi kontak rapat pula, kami akan lihat sama ada di tempat destinasi itu atau tempat asal di Ampang dengan menjalankan saringan, ” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Semalam, KKM mengesahkan bahawa wanita hamil 35 minggu disahkan positif COVID-19 selepas melakukan rutin pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak di Kuala Krai, Kelantan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button