COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini 325,810
Meningkat sebanyak 3,000 kes dalam tempoh masa 24 jam

LONDON, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 3,000 kes dalam tempoh 24 jam.
Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka hampir 325,000 kes.
Menurut statistik tiga negara kini melepasi angka 30,000 kematian.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dengan 92,000 kes.
United Kingdom (UK) dan Itali masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan lebih 35,000 dan 32,000 kes.
Negara keempat dan kelima mencatat kematian tertinggi adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.
Manakala, Brazil yang mencatatkan peningkatkan kes mendadak sejak beberapa hari lalu merekodkan 18,000 kes kematian. – Agensi