Berita Utama

Kenderaan barangan dibenar berada di jalan raya semasa Aidilfitri

Perlu ikut peraturan, garis panduan ditetapkan dari semasa ke semasa

PUTRAJAYA, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Tiada larangan untuk kenderaan barangan berada di jalan raya semasa perayaan Aidilfitri 2020, demikian menurut Kementerian Pengangkutan hari ini.

Ini kerana negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan peraturan sedia ada dalam tempoh PKPB itu telah mengambil kira serta merangkumi kesemua faktor termasuk keselamatan dan ekonomi, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Malaysia lazimnya mengenakan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada berada di jalan raya bagi beberapa hari yang ditetapkan sempena perayaan Aidilfitri. Ia bertujuan meningkatkan keselamatan jalan raya bagi pengguna yang ingin pulang ke kampung serta mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Pergerakan kenderaan barangan dalam tempoh PKPB ini perlulah mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan,” menurut kementerian itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close