Berita Utama

Langkah Sheraton: DAP tak pernah ‘bersih’ dari buat kacau

Cuba salahkan PN dalam isu COVID-19, Kit Siang diminta letak jawatan

BANGI, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam) menggesa Penasihat DAP, Lim Kit Siang meletakkan jawatan susulan kenyataan tidak berasasnya menyalahkan kerajaan diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai punca gelombang kedua wabak pandemik COVID-19 di negara ini.

Pengerusinya, Muhammad Luttfi Abdul Khalid menyifatkan, dunia politik Malaysia telah muak dan bosan terhadap amnesia politik dimainkan oleh parti rasis serta cauvinis, DAP.

“Rakyat tahu bahawa tangan DAP tidak pernah ‘bersih’ melakukan masalah dan kekacauan dalam mana-mana gabungan politik rapuh dan tipis.

“Rakyat Malaysia akan ‘membersihkan’ DAP pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15),” tempelaknya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kit Siang menyalahkan ‘langkah Sheraton’ sebagai punca gelombang kedua penularan COVID-19 di negara ini dengan berkata, jika bukan kerana langkah politik itu, Malaysia mungkin dapat mengelakkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, hampir separuh kes COVID-19 yang dikesan membabitkan kluster jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Perhimpunan keagamaan itu berlangsung antara 28 Februari dan 1 Mac membabitkan peserta tempatan dan antarabangsa.

“Jika tidak kerana ‘langkah Sheraton’ dan pergolakan politik yang semakin buruk seperti dinyatakan dalam titah Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan sidang Parlimen selama satu hari pada Isnin, Malaysia tidak perlu berdepan gelombang ke-2 penularan COVID-19.

“Jumlah kes COVID-19 kita yang disahkan akan berada dalam lingkungan 3,000, jika tidak di bawah 3,000 kes, berbanding hampir mencapai 7,000 kes hari ini.”

Kit Siang turut mendakwa, ketika Malaysia melaksanakan PKP pada 18 Mac, negara mencatatkan jumlah tertinggi kes COVID-19 di Asia Tenggara dan kedudukan ke-18 di dunia.

Membidas perkara itu, Muhammad Luttfi berkata, Kit Siang seolah-olah telah meletakkan kesalahan ke atas orang lain, meskipun kejatuhan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berpunca daripada kegagalan dan pertikaian gabungan parti itu sendiri.

“Biar kami ingatkan anda bahawa kebenaran perhimpunan tabligh sebelum ini yang dikeluarkan pada 17 Februari adalah ketika zaman ‘pemerintahan’ PH sendiri,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close