Berita Utama

Majlis rasmi kerajaan sepanjang tahun 2020 dibatalkan

Tiada rumah terbuka PM, sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan

BANGI, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Penganjuran beberapa majlis rasmi kerajaan bagi tahun 2020 dibatalkan susulan keadaan semasa negara yang sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.

Pembatalan itu membabitkan beberapa majlis rasmi dan antara paling terdekat adalah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri serta anggota jemaah menteri pada 24 Mei ini, menurut Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, ia turut membabitkan acara-acara sempena sambutan Hari Pahlawan pada 12 Ogos hingga 14 Ogos, sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 19 Ogos dan 20 Ogos serta sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 29 Oktober.

“Bagaimanapun, sebarang pindaan kepada penganjuran acara dan majlis rasmi kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button