Berita Utama

NSC Thailand cadang lanjutkan perintah darurat sebulan lagi

Langkah halang berlaku gelombang kedua wabak pandemik COVID-19

BANGKOK, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) hari ini mencadangkan untuk melanjutkan tempoh perintah darurat sehingga 30 Jun untuk mengekang pandemik COVID-19 secara berkesan di negara itu.

Ketika Thailand terus mencatatkan bilangan yang rendah bagi kes baharu COVID-19, Setiausaha Agung NSC, Jen Somsak Rungsita berkata, langkah itu perlu untuk menghalang gelombang kedua wabak berkenaan di Thailand yang merekodkan 3,307 kes COVID-19 dengan 56 kematian, sejak penularan wabak maut itu pada Januari.

Somsak yang mempengerusikan mesyuarat mengenai pelonggaran sekatan dan langkah-langkah COVID-19 berkata jawatankuasa itu mencadangkan untuk melanjutkan perintah darurat yang akan berakhir pada 31 Mei sehingga sebulan lagi.

“Situasi COVID-19 di Thailand telah bertambah baik bagaimanapun keadaan di seluruh dunia masih membimbangkan kerana bilangan kes yang disahkan terus meningkat.

“Untuk menghalang gelombang kedua penularan pandemik COVID-19, fasa ketiga dan keempat pelonggaran sekatan dan langkah-langkah pada Jun akan lebih baik membendung wabak itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close