Berita Utama

Tak suka DAP hanyalah ‘wayang’ Tun M

Sukarelawan Malaysia tempelak Tun M selepas audio beliau tular

BANGI, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia) menempelak sikap lidah bercabang Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa beliau tidak menyukai parti rasis serta cauvinis, DAP.

Presidennya, Isham Jalil menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu tidak lebih sekadar ‘wayang’ semata-mata.

“Apa? Dr Mahathir kata dia tak suka Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)? Ini saya dah lama tahu.

“Tapi ‘part’ dia kata dia tak suka DAP itu wayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Terdahulu, tular rakaman audio Dr Mahathir dalam mesyuarat tertinggi khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 23 Febuari lalu, yang mencadangkan parti itu keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pihaknya perlu menunggu sedikit masa untuk mendapat sokongan dari UMNO.

“… kerana pada saya, the support from UMNO is so fickle (berubah-ubah), kalau bagi masa sikit sahaja nanti dia (UMNO) suka dekat saya.

“Jadi, tak ada kelainan. Cuma saya pun tak suka kepada DAP, tak suka kepada Anwar, yang lain pun semua macam itu, tapi semua itu soal masa sahaja.

“Nanti kita tentukan masa atau kita ambil tindakan hari ini. Kalau kata hari ini, okay hari ini kita keluar daripada PH,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button