Berita Utama

Tiada lagi rentas negeri

Tak perlu beratur panjang kerana polis tidak akan benarkan: Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 28 Ramadan 1441H, Khamis – Tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan selepas ini, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan, semalam.

“Walaupun setiap hari diberi nasihat, peringatan, semalam laporan PDRM sewaktu mesyuarat pagi tadi di Kuantan seramai 1,300 orang beratur di balai polis daerah Kuantan mohon kebenaran pulang kampung.

“Oleh itu saya ingin tegaskan mesyuarat putuskan bahawa pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan. Jadi tak perlu beratur panjang kerana polis tidak akan benarkan, kita tidak akan membuka lagi ruang untuk rentas negeri ini, no more rentas negeri,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close