Berita UtamaDunia

Bakar al-Quran: Iran panggil duta Sweden, Denmark

Takkan hantar duta baharu ke Sweden tanda protes tindakan keji

TEHRAN, 4 Safar 1445H, Isnin – Menteri Luar Iran memanggil duta Sweden dan Denmark secara berasingan bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan negara berkenaan yang membenarkan rakyatnya membakar al-Quran.

Pengarah Jabatan Hak Asasi Manusia di Kementerian Luar mengecam perbuatan keji dan biadap puak anti-Islam yang mencetuskan provokasi terhadap kitab suci umat Islam.

Beliau berkata, kebebasan bersuara datang dengan ‘tugas dan tanggungjawab’ sambil menggesa wakil kedua-dua negara mematuhi artikel 19 dan 20 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik.

Sejak kebelakangan ini, Sweden dan Denmark menyaksikan beberapa siri pembakaran al-Quran oleh kumpulan anti-Islam yang mendapat perlindungan tentera, sekali gus mencetus kemarahan masyarakat dunia.

Dalam kejadian terbaharu, ekstremis Islam di Sweden, Salwan Momika meneruskan tindakan membakar al-Quran di kedutaan Iran di Stockholm.

Duta Denmark kemudian dipanggil pada 22 Julai, sehari selepas penunjuk perasaan sayap kanan itu melakukan tindakan keji dengan membakar naskhah al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Copenhagen.

Malah, wakil Sweden juga dipanggil pada 21 Julai apabila jurucakap Menteri Luar, Nasser Kanaani menegaskan Stockolm perlu bertanggungjawab apabila mencetuskan sentimen umat Islam.

Malah, awal bulan lalu Iran mengumumkan tidak akan menghantar duta baharu ke Sweden selepas tempoh wakil negaranya berakhir.

Pada masa sama, Menteri Luar Hossein Amir-Abdillahian berkata, proses penghantaran duta ke negara itu dihentikan berikutan kerajaan Sweden mengeluarkan permit dan kebenaran untuk membakar al-Quran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button