Dunia

Mesir pertingkat bekalan bahan api ke Gaza

Hantar 189,000 liter sehari selaras perjanjian dengan Israel

KAHERAH, 1 Jamadilakhir 1445H, Khamis – Mesir mengumumkan akan meningkatkan jumlah bahan api yang dihantar setiap hari ke Semenanjung Gaza, daripada 129,000 liter kepada 189,000 liter mengikut perjanjian dengan negara haram Israel.

Ketua Perkhidmatan Maklumat Mesir, Diaa Rashwan berkata, negaranya meneruskan usaha intensif untuk memastikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Sejak Selasa, trak bantuan mula melintasi terminal sempadan Rafah ke pintu masuk Karem Abu Salem dalam pelaksanaan perjanjian dengan pihak Israel.

Rashwan berkata, sebanyak 4,057 trak telah menyeberang dari sempadan Rafah ke Gaza sejak permulaan bantuan masuk ke dalam wilayah terkepung melalui Mesir.

Israel telah mengebom Semenanjung Gaza dari pelbagai arah termasuk melalui udara dan mengenakan kepungan di darat, kononnya sebagai tindak balas kepada serangan rentas sempadan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

Serangan dahsyat rejim telah membunuh sekurang-kurangnya 18,608 rakyat Palestin dan 50,594 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Sementara hanya 1,200 orang kematian dari Israel dilaporkan dan 139 lagi kekal sebagai tebusan dalam tahanan Hamas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button