Berita Utama

Biarkan PH bagai anjing menyalak bukit

Abaikan isu mereka bawa, alihkan perhatian kepada krisis semasa

BANGI, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah hilang kuasa kini giat menyerang pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN), begitu juga dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Pelbagai isu-isu ‘lapuk’ diangkat kembali antaranya salah laku Datuk Seri Najib Razak, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kleptokrasi dan banyak lagi digunakan untuk menyerang kerajaan PN.

Menyifatkan perbuatan PH itu bagai anjing menyalak bukit, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad berkata, tindakan terbaik ketika ini bukan dengan mematahkan hujah mereka.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang terbaik sekarang adalah dengan meminta semua orang untuk abaikan sahaja ‘salakkan’ mereka.

“Abaikan isu yang mereka bawa, divert prioriti semua orang kepada krisis yang dihadapi ketika ini – COVID-19 dan bagaimana untuk survive. PN perlu attract semua orang untuk move on.

“Biarkan mereka (PH) dilihat bagai anjing menyalak bukit, bukit takkan runtuh,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir yang mendakwa dirinya dikhianati telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Dakwanya, Muhyiddin telah membuat keputusan sendiri untuk berkerjasama dengan PN tanpa memaklumkan atau mendapat persetujuan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dr Mahathir memberitahu wartawan selepas berakhirnya persidangan Dewan Rakyat, Isnin lalu bahawa kerajaan semasa mempunyai ‘majoriti yang amat tipis’.

“Kalau dua atau tiga orang (Anggota Parlimen) pindah dari satu parti ke parti yang lain, daripada parti kerajaan kepada parti pembangkang, kerajaan ini akan jatuh. 

“Ia bukan seperti keadaan sebelumnya di mana kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga. Sekarang, ia hanya mempunyai sebilangan kecil sahaja.

“Sebab itu, kami percaya kalau kami dapat mendedahkan kesalahan kerajaan ini, maka mungkin ada beberapa parti kerajaan itu yang akan sokong usul itu,” kata Mahathir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close