Pendapat

Pejuang selesaikan isu longgokan sampah Kampung Paya Luas

Laporan dibuat, tapi tiada tindakan dari pemerintah

MINGGU lalu, saya telah membuat laporan mengenai isu longokan sampah di Kampung Paya Luas di mana kita difahamkan isu ini telah berlarutan sejak 2 tahun yang lalu.

Ianya mendedahkan penduduk sekitar kepada wabak penyakit, pencemaran alam sekitar dan kerosakan ekosistem.

Walaupun laporan dibuat, tiada tindakan lanjut diambil oleh pihak pemerintah. Saya tak pastilah apakah tiada duit atau terlalu sibuk buat benda lain.

Kalau bab pasang bendera dan bahan kempen, memang banyak duit. Laju sahaja semua itu dipasang. Bendera parti terjatuh, laju sahaja diperbetulkan.

Saya dan rakan-rakan merasakan ini adalah isu yang sangat kritikal dan sebenarnya mudah sahaja untuk diselesaikan. Maka, kita sewa lori dan backhoe untuk membersihkan kawasan ini dengan duit poket kami yang tidak seberapa ini.

Namun, pembersihan sebegini hanyalah penyelesaian sementara. Jika kerajaan tidak menyediakan solusi seperti penyediaan infrastruktur dan kemudahan, maka selagi itulah masalah ini masih akan berpanjangan.

Oleh itu, inilah antara sebabnya saya menawarkan diri untuk menjadi calon di sini. Iaitu untuk membawa nafas baharu kepada penyelesaian isu-isu rakyat Temerloh selain menjadi wakil pembuat polisi negara di parlimen.

Undilah saya, Aminuddin Bin Yahaya. Calon nombor 4 dengan logo Parti PEJUANG.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button