Berita Utama

JAHEAIK lupus lebih 1 tan abu al-Quran

Abu dilupus pada jarak 5 batu nautika dari laut pada kedalaman 18 hingga 20 meter

KOTA BHARU, 4 Safar 1442H, Selasa – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) melupuskan lebih satu tan abu bahan dan teks al-Quran di perairan Kelantan di sini, hari ini.

Pengarahnya Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata bagi memastikan proses pelupusan mengikut syariat Islam, abu berkenaan dilupuskan pada jarak lima batu nautika dari laut pada kedalaman 18 hingga 20 meter.

Katanya, program berkenaan juga adalah satu program pendidikan kepada masyarakat di Kelantan supaya tidak membuang al-Quran di merata tempat, sebaliknya boleh menghantar kepada JAHEAIK ataupun menerusi pejabat-pejabat agama di seluruh negeri.

“Kita berharap masyarakat menghormati al-Quran termasuk terbitan yang mengandungi kandungan agama dari awal hingga ke akhir dan pihak kami bersedia menerima bahan-bahan tersebut jika untuk dilupuskan.

“Sehingga kini JAHEAIK telah melupuskan sebanyak 16.6 tan abu bahan dan teks al-Quran,” katanya kepada pemberita di Program Pelupusan abu al-Quran di Jeti LKIM Kuala Besar di sini hari ini.

Terdahulu, pelupusan al-Quran itu mengambil masa 30 minit bermula 10 pagi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button