Berita UtamaDunia

Cuci tangan hingga 10 kali sehari kurangkan risiko dijangkiti COVID-19

Kajian tunjuk tindakan sederhana lindungi dari jangkitan pembunuh

LONDON, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Amalan mencuci tangan hingga sepuluh kali setiap hari mampu mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19 sebanyak satu pertiga.

Penyelidik di Kolej Universiti London mengatakan bahawa kajian mereka membuktikan tindakan sederhana dapat melindungi orang ramai daripada jangkitan pembunuh.

Penyelidikan berkenaan mengkaji lebih daripada 1,600 warga Britain selama tiga musim sejuk pada masa lalu untuk melihat seberapa kerap mereka mendapat selesema biasa yang disebabkan oleh wabak hampir serupa.

Peserta telah melaporkan rutin kebersihan tangan mereka menggambarkannya rendah, sederhana atau tinggi.

Mereka yang mencuci tangan dengan sederhana – antara enam hingga sepuluh kali sehari – mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 36 peratus berbanding mereka yang melakukannya dengan sifar hingga lima kali sehari.

Pengarang pertama kajian, Sarah Beale dari Institut Informatik Kesihatan UCL berkata, memandangkan COVID-19 menunjukkan mekanisme penularan yang serupa dengan coronavirus bermusim, penemuan ini menyokong mesej kesihatan awam yang jelas mengenai kesan perlindungan pencucian tangan ketika pandemik.

“Penting untuk diketengahkan bahawa kekerapan mencuci tangan hanyalah satu aspek kebersihan tangan.

“Kami juga tahu bahawa kedua-dua jangka masa pencucian tangan yang lebih lama dan konteks pencucian tangan misalnya, sekembalinya ke rumah atau sebelum makan – dikaitkan dengan risiko keseluruhan selesema atau penyakit seperti selesema yang lebih rendah.

“Kebersihan tangan yang baik harus diamalkan setiap masa tanpa mengira sama ada anda menunjukkan gejala atau tidak. Ini akan membantu melindungi diri anda dan mencegah penyebaran virus secara tidak sengaja kepada orang lain di sekitar anda,” katanya.

Setiap daripada 1,633 peserta memberikan anggaran asas mengenai tingkah laku kebersihan tangan dan jangkitan coronavirus dikenal pasti dari sapuan hidung.

Peserta yang mana 80 peratus berumur 156 tahun ke atas diminta untuk mengira berapa kali mereka mencuci tangan pada hari sebelumnya.

Kekerapan mencuci tangan setiap hari kemudian dikategorikan rendah (sifar hingga lima kali sehari), sederhana (enam hingga 10 kali sehari) atau tinggi (lebih daripada 10 kali sehari).

Meskipun mencuci tangan sederhana terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit, lebih dari sepuluh kali sehari pula tidak memberi perbezaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close