Dunia

Hantar melalui Israel, Palestin tolak bantuan perubatan UAE

Penyelarasan bersama Tel Aviv seperti tak hormat kedaulatan Palestin

RAMALLAH, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Pihak Berkuasa Palestin (PA) menolak penghantaran bantuan perubatan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana melalui Israel, menurut menteri kesihatan.

Dalam sidang akhbar semalam, Mai Kaila berkata, Palestin tidak mahu menerima bantuan perubatan dari pihak UAE kerana mengabaikan penyelarasan dengan mereka.

“UAE tidak menyelaraskan dengan kami mengenai bantuan perubatan itu, dan kita menolak menerimanya tanpa sebarang penyelarasan.

“Kita (Palestin) adalah negara yang berdaulat, dan mereka sepatutnya membuat penyelarasan mengenai bantuan dengan kita terlebih dahulu,” kata Mai Kaila.

Difahamkan, keputusan berkenaan dibuat PA susulan menerima maklumat ketika bantuan itu tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion Israel di Tel Aviv.

Pada Selasa, penerbangan Emirat yang membawa bantuan perubatan untuk rakyat Palestin mendarat di lapangan terbang Israel setelah berlepas dari Abu Dhabi – menandakan penerbangan awam pertama antara kedua-dua negara walaupun UAE tiada hubungan rasmi dengan rejim itu.

“Etihad Airways mengendalikan penerbangan kargo kemanusiaan khusus dari Abu Dhabi ke Tel Aviv pada 19 Mei bagi menghantar bekalan perubatan kepada rakyat Palestin,” kata syarikat penerbangan itu kepada Agensi AP. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close