Berita Utama

JAKIM terbit kit panduan Aidilfitri dalam tempoh PKPB

Utamakan amalan dituntut syariat Islam, perkara tradisi perlu ditangguh

BANGI, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah yang mengandungi amalan-amalan dituntut kepada umat Islam untuk dilakukan ketika hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya berkata, memandangkan Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dalam tempoh PKPB, kerajaan menyarankan umat Islam supaya sambutan dibuat secara sederhana dengan mengutamakan amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja.

Beliau berkata, amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan.

“Justeru, Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB yang disediakan oleh JAKIM mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.

“Kit ini boleh dimuat turun dari portal rasmi JAKIM www.islam.gov.my atau klik di pautan https://bit.ly/PanduanHariRayaPKPB.

“Saya dan seluruh warga JAKIM turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan normal baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kita kembali pulih daripada wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button