Berita Utama

Jalani Syawal dengan kebiasaan baharu, jaga pemakanan

COVID-19 telah mengajar erti sebenar kesabaran serta pengorbanan

PUTRAJAYA, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal dengan norma serta kebiasaan baru, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disarankan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini, namun tidak bermakna ia tidak dapat diraikan dengan semangat yang sama.

Menurutnya, sebulan berpuasa di bulan Ramadan ketika penularan wabak COVID-19 telah mengajar erti sebenar kesabaran dan pengorbanan.

“Ramadan telah dilalui dengan norma dan kebiasaan baru bagi memastikan jangkitan COVID-19 dapat dibendung.

Kini KKM menyeru masyarakat untuk menjalani Hari Raya Aidilfitri dan Syawal pula dengan norma dan kebiasaan baru, dengan mematuhi SOP yang telah disarankan,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close