Berita Utama

Lelaki Indonesia mengamuk di Kg Sg Bangat ditahan

Tidak miliki dokumen pengenalan diri ancam tikam anggota polis

LABUAN, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai mengalami masalah mental tiba-tiba bertindak agresif dan mengamuk menggunakan sebilah pisau di rumahnya di Kg Sg Bangat di sini pada Rabu malam.

Lelaki berumur 29 tahun itu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri turut mengancam untuk menikam anggota polis yang tiba di tempat kejadian.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata keadaan itu bagaimanapun berjaya dikawal anggota polis dengan lelaki itu berjaya ditahan.

Polis merampas pisau berukuran 36cm daripada lelaki itu serta menemukan pedang ‘Samurai’ sepanjang 110cm dalam bilik tidur lelaki itu, katanya dan menurutnya punca kejadian sedang disiasat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close