Pendapat

Pelancong China: Kelemahan dalaman atau ada dalang halang?

Pihak berkuasa hanya tumpu tangkap PATI di pasar borong sekitar KL

LAPORAN Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

“Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Selain itu, dilaporkan juga wujud kelemahan dalaman yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika proses di pintu masuk pelancong.

“Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.

Kita masih tertunggu tunggu apakah tindakan seterusnya walaupun ada agensi penguatkuasa berjanji akan menyelesaikan secepat mungkin. Sejauh mana kelemahan dalaman yang serius sebagaimana laporan Ketua Audit.

Perlu kepada perincian. Amat dibimbangi tiada data yang jelas lebih-lebih lagi data disimpan secara offline dan manual. Apa yang dimaksudkan dengan pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline.

Adakah kemungkinan berlaku kehilangan data atau keciciran data secara sengaja atau tidak disengajakan. Pelbagai andaian boleh berlaku kerana sehingga kini tiada kenyataan dari mereka yang bertanggungjawab.

Setakat ini, PDRM sahaja yang menyatakan dalam akhbar bahawa tindakan akan dilakukan. Tapi apa tindakannya. Sekali pandang macam pahat dengan penukul je isu ini ditangani. Lagipun penumpuan hanya diberikan kepada penangkapan PATI di pasar-pasar borong sekitar bandaraya yang melibatkan pelarian Myanmar, Bangladesh dan lain-lain kerana isu COVID-19.

Isu 100,000 pelancong China dan India tenggelam dengan serbuan di pasar-pasar borong sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Adakah isu ini berlarutan kerana kelemahan dalaman yang serius atau ada dalang yang menghalang atau kedua-duanya sekali.

Ustaz Sharipuddin Ab Kadir
Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pasir Puteh

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close