Berita Utama

Pos Malaysia sahkan polis tahan suspek penipuan derma di Facebook

Orang ramai dinasihat berhati-hati penipuan di media sosial

KUALA LUMPUR, 29 Ramadan 1441H, Jumaat – Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) hari ini mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang suspek berhubung penipuan kutipan derma di Facebook.

“Kami memuji tindakan pantas PDRM untuk membawa scammer ke muka pengadilan dan menghentikan eksploitasi atas kebaikan rakyat Malaysia,” menurut Pos Malaysia dalam kenyataan hari ini.

Pos Malaysia turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati tentang penipuan kutipan derma di Facebook dan mengelak membuat hantaran bersifat memfitnah.

Ia susulan hantaran di media sosial oleh Masakan Utara Barat yang viral, apabila seorang pekerja Pos Malaysia dikatakan menangis di luar sebuah rumah selepas menyampaikan bungkusan.

Pos Malaysia komited terhadap kebajikan pekerjanya. Walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19, ia terus melindungi kehidupan lebih 15,000 anggota barisan hadapan dan kakitangan sokongan operasi di samping memastikan keperluan mereka diutamakan.

“Kami berharap orang ramai akan terus memberikan sokongan dan memahami semasa tempoh ini,” menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan aktiviti Pos Malaysia, sila log masuk ke pos.com.my, Facebook (facebook.com/PosMalaysiaBerhad), Twitter (twitter.com/pos4you) dan Instagram (instagram.com/pos4you). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close