Pendapat

Syawal kita dan mereka

KITA saling meminta maaf di pagi raya, mereka saling meminta maaf sebelum masuk Ramadan bulan mulia

Kita banyak bersedekah (duit raya) sepanjang Syawal, mereka banyak bersedekah lebih awal (sepanjang Ramadan).

Kita tinggalkan dunia (cuti) untuk beraya, mereka tinggalkan dunia sepanjang 10 hari terakhir Ramadhan untuk mengejar malam Qadar-Nya

Kita gembira menyambut Syawal, mereka meninggalkan Ramadan dengan penuh sedih dan kesal.

Kita selepas Ramadan megurangkan tahajjud, bacaan al-Quran, zikir dan doa, mereka bahkan meningkatkannya.

Kita alunkan takbir raya dengan penuh syahdu dan sayu, mereka laungkan takbir yang sama dengan lantang dan penuh semangat padu.

Kita raya sebulan, mereka hanya raya sehari semalaman.

Kita berpeluh-peluh makan ketupat dan lemang, mereka berpeluh-peluh berjihad menentang musuh yang datang.

Kita terlentang di depan televisyen menghabiskan pahala sebulan puasa, mereka terlentang di medan perang mengejar syurga.

Kita di pagi raya ziarah kubur dan menabur seroja, mereka di pagi raya dipenggal pedang musuh lantas dihantar ke dalamnya (kubur).

Siapakah kita dan siapakah mereka?.

Salam Jumaah!
Salam Muhasabah!

Kluster Tarbiyah ISMA
Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

 Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close