Pendapat

Aidilfitri bagi penggerak dakwah

Teruskan semua amalan seperti dilakukan sepanjang Ramadan

BETULKAN niat, ikut syariat Allah SWT dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam merayakan hari yang mulia ini

2. Anda merupakan contoh teladan yang sentiasa diperhatikan masyarakat. Setiap gerak geri, senyum tawa dan memek muka anda dijadikan dalil segelintir umat manusia yang jauh dari panduan agama. Jadi, bimbinglah mereka.

3. Pastikan pemakaian, pergaulan, kata-kata, kadar persiapan raya dan setiap aktiviti anda sepanjang Syawal ini mencerminkan semua ibadah, fikrah dan kemahiran yang anda telah pelajari dalam usrah.

4. Tonjolkan diri supaya dipilih menjadi khatib bagi menyampaikan khutbah raya. Dengan cara ini, anda akan dapat menyampaikan fikrah secara meluas, walaupun dengan teks yang disediakan majlis agama. Namun pada fasa PKP ini, fokuslah kepada pembinaan fikrah ahli keluarga dan anak-anak.

5. Santuni masyarakat terutama bagi yang kurang bernasib baik dengan bantuan makanan dan wang ringgit bagi membolehkan mereka menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna. Walaupun ziarah hari raya tidak dibenarkan, namun menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan mematuhi SOP KKM adalah tidak salah.

6. Ruang masa beraya di rumah seharusnya digunakan untuk menyampaikan dakwah secara maya dengan lebih agresif melalui terbitan di media sosial, rakaman video, penulisan dan pelbagai pendekatan kreatif yang lain

7. Paling penting, teruskan semua amalan seperti yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan kerana kita bukan hamba Ramadan tapi kita hamba kepada Allah SWT.

Taqabbalallahu minna wa minkum (semoga Allah SWT menerima amalan kita semua)

Salam 30 Ramadan 1441H!

Kluster Tarbiah ISMA
Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button