Berita Utama

PEMIKIR wakaf e-buku Tadabbur 30 ayat al-Quran

Hanya tiga amalan kebaikan diminta sebelum muat turun

BANGI, 30 Ramadan 1441H, Sabtu – Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah (PEMIKIR) mewakafkan e-buku ‘Tadabbur 30 ayat al-Quran’ untuk orang ramai sempena menyambut Aidilfitri esok.

Setiausaha PEMIKIR, Amar Ismat Mohd Nasir berkata, buku itu adalah cetusan idea daripada pihaknya untuk kembali mengangkat al-Quran sebagai teras di dalam wacana peradaban kerana hakikatnya al-Quran adalah kitab peradaban dan Islam pula adalah risalah peradaban.

“Sebelum memuat turun e-buku ini, kami meminta tiga amalan kebaikan untuk anda lakukan bagi mendapatkan buku ini. Pertama ‘follow’ halaman Facebook, Telegram dan Twitter PEMIKIR. Seterusnya tekan butang ‘like’ dan ‘share’ hantaran Facebook ini.

“Kemudian ‘tag’ sekurang-kurangnya dua orang rakan anda di ruangan komen untuk kongsi bersama kebaikan buku ini. Selepas selesai tiga langkah itu anda boleh tekan pautan https://bit.ly/quranmembangunperadaban untuk mendapatkan e-buku.

“Moga sumbangan anda ini diterima sebagai amal kebaikan di akhir Ramadan. Moga Allah terima usaha kecil ini untuk kita bersama menyuburkan wacana peradaban di kalangan umat Islam hari ini,” katanya.

Boleh layari;

Facebook: fb.com/pusatpemikirummah
Telegram: t.me/pemikirummah
Twitter: twitter.com/pemikirummah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button