Berita UtamaKata Pedang

Sampai bila nak guna alasan mabuk?

Melampau, minum arak sehingga menyusahkan orang lain

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki mengamuk dan melanggar lima orang awam dengan keretanya di perkarangan tapak penjaja di Pekan Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam.

Suspek didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin sisi keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak di kawasan itu.

Melihat kepada video yang tular lelaki Cina berkenaan memandu secara melulu seperti berniat mahu mencederakan orang ramai. Langgar orang awam dengan sengaja sudah satu kesalahan. Lebih tidak bermoral apabila suspek dikatakan mabuk ketika melanggar orang awam?

Tidak sudah-sudah alasan mabuk. Apa nak jadi, langgar orang sampai mati sebab mabuk. Langgar orang sebab tidak puas hati pun sebab mabuk. Sampai bila nak guna alasan mabuk?

Bayangkan kalau lima individu yang dilanggar itu meninggal dunia? Sudahlah esok umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Mengucap panjang Pedang. Sakit hati dengan ‘puak-puak’ ini. Minum arak sehingga menyusahkan orang.

Buat Pedang geram, ini bukan kali pertama. Berpuluh-puluh kes pemandu mabuk sebelum ini. Pedang yakin pemabuk-pemabuk ini tidak takut dengan hukuman. Konon bagi mereka setakat hukuman penjara, denda…bayar, selesai. Tapi sedarkah mereka mangsa dan keluarga mangsa merana seumur hidup.

Seolah-olah hukuman sedia ada tidak memadai untuk mencegah orang ramai daripada melakukan kesalahan. Pedang percaya perkara ini disebabkan hukuman yang diperuntukkan tidak cukup berat.

Jika dahulu kerajaan Pakatan Harapan terlalu lembik dalam isu ini, Pedang minta kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tanganilah isu ini dengan bijaksana, bertegaslah tanpa sebarang kompromi, tidak kira apa bangsa sekalipun.

Kerajaan kena anggap isu pemandu mabuk sebagai ancaman kepada negara. Sampai bila nak biarkan pemandu mabuk bermahajaralela, sampai bila nak biarkan rakyat tidak bersalah menjadi mangsa.

Jika Taiwan boleh mengenakan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut, kenapa tidak Malaysia? Kita boleh laksana undang-undang sebegitu. Pedang yakin majoriti rakyat mahukan hukuman tegas terhadap mabuk.

Apakah nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Apakah hukuman mati paling sesuai untuk pemandu mabuk yang ‘membunuh’ nyawa orang lain?

Kata Pedang: Ramadan bakal meninggalkan kita…Mudah-mudahan Allah menerima setiap amalan dan ibadah yang kita lakukan.

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net, tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

BERITA BERKAITAN

https://ismaweb.net/2020/05/03/patut-hukuman-mati-tak-perlu-simpan-pemabuk-bunuh-manusia/
https://ismaweb.net/2020/05/04/pemandu-mabuk-sampai-masanya-kerajaan-kenakan-hukuman-berat/
https://ismaweb.net/2020/05/06/perketatkan-jualan-arak-baru-boleh-tangani-isu-pemandu-mabuk/
https://ismaweb.net/2020/05/06/pemandu-mabuk-tak-cukup-3-tahun-penjara-patut-hukuman-mati/
https://ismaweb.net/2020/05/06/pemandu-mabuk-wajar-ditarik-lesen-seumur-hidup-hukuman-berat/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button