Berita Utama

Senarai berita palsu

Polis nafi 'Siska Kirana' diberi layanan istimewa

KUALA LUMPUR, 30 Ramadan 1441H, Sabtu – Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang menafikan dakwaan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) sedang berusaha mengesan pelanggan di dua pasar raya terkemuka di Alor Setar, yang dikatakan dikunjungi penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) yang positif COVID-19, sebaliknya menegaskansiasatan mendapati penuntut terbabit tidak mengunjungi dua pasar raya berkenaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dungun, Terengganu, Supt  Baharudin Abdullah menafikan dakwaan ‘Siska Kirana’ diberi layanan istimewa untuk pulang ke kampung kerana ada ‘kabel’ seperti yang tular di media sosial.

Beliau menjelaskan, kelulusan diberikan kepada wanita berkenaan untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun ke Putrajaya pada hujung April lalu untuk membantunya menyelesaikan urusan taskanya di Putrajaya, yang dipecah masuk.

Wanita berkenaan juga telah diberi kebenaran untuk balik semula kerana beliau meninggalkan anaknya di Dungun. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button