Berita UtamaIstimewa

‘Tun, hentilah main tarik tali dengan DAP’

Kritikan Ronnie jelas krisis politik negara salah PH

BANGI, 30 Ramadan 1441H, Sabtu – Tun Dr Mahathir Mohamad digesa berhenti bermain tarik tali dengan parti tamak haloba DAP berikutan sudah terbukti bahawa mereka membenci bekas Perdana Menteri itu dan hanya mahu mempergunakan beliau sahaja.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya mendakwa, kenyataan Ronnie Liu semalam mendedahkan perasaan yang terpendam pemimpin DAP yang sejak sekian terhadap Dr Mahathir, dan mungkin khabar angin bahawa DAP dan Ahli Parlimen Langkawi itu sering ‘bergaduh’ adalah benar.

“Selepas saya membaca kenyataan pemimpin DAP (Ronnie Liu) ini, saya rasa maruah Dr Mahathir sendiri dipijak-pijak kerana baru sahaja beliau menulis panjang lebar untuk ‘mensucikan’ DAP dan yang lebih perit lagi ialah, beliau sanggup menghina bangsa Melayu hanya kerana mahu ‘mensucikan’ DAP.

“Maka, terbukti dan terbongkarlah bahawa DAP sendiri tidak menghargai Dr Mahathir pun. Mungkin benar juga kata-kata yang diungkapkan oleh Hew Kuan Yau satu ketika dahulu bahawa DAP hanya mahu pergunakan Dr Mahathir untuk memenangi pilihan raya sahaja.

“Saya pun tidak tahu apakah yang masih membuatkan Dr Mahathir seolah-olah sangat terhutang budi pada DAP ini dan apakah budi yang DAP terhutang dengan beliau pula memandangkan parti itu masih lagi duduk bersamanya?,” soalnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ronnie Liu yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP menyalahkan Dr Mahathir kerana menyebabkan Pakatan Harapan (PH) terlepas kuasa kerajaan Persekutuan pada bulan Februari lalu.

Beliau yang lantang mengkritik Dr Mahathir berkata, sepatutnya tidak timbul masalah demikian jika bekas Perdana Menteri itu menyerahkan kuasanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang telah dijanjikan.

Demikian juga, beliau mengatakan bahawa tidak akan ada masalah jika Dr Mahathir tidak mengundurkan diri dan mengambil nasihat Yang di-Pertuan Agong, dan juga jika negarawan itu tidak mencadangkan agar kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, dalam isu ini, kenyataan Ronnie Liu itu sendiri telah menjadi bukti bahawa apa yang berlaku kepada politik negara sekarang ini adalah salah PH itu sendiri.

“Kenyataan beliau terang dan jelas untuk membuktikan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri bukanlah satu perancangan dari pihak Muafakat Nasional tetapi adalah akibat tindakan Dr Mahathir yang menyebabkan seluruh Kabinet terbubar.

“Yang di-Pertuan Agong sendiri mendedahkan di dalam titah baginda bahawa Dr Mahathir sendiri berkeras untuk meletakkan jawatan dan sudah pasti beliau tahu akibat yang akan ditanggung.

“Maka, ini adalah logik yang sangat mudah untuk difahami bagi memahami sebab baginda melantik Perdana Menteri yang baharu. Oleh sebab itulah ratib-ratib ‘kerajaan pintu belakang’ adalah sangat hambar,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close