Berita UtamaPendapat

Wanita Islam perlu kuat jiwa, jati diri, mental, fizikal

Mendidik, mentarbiah anak-anak tugas utama kaum wanita

SALAM Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia amnya dan kaum wanita khasnya.

Kali ini kita sambut suasana hari raya dalam suasana yang sangat berbeza dari sebelumnya.

Namun, kita harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menyambutnya. walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Buat wanita di luar sana, pada hari raya ini, sama-samalah kita pertingkatkan diri menjadi wanita yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

Ini kerana wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembentukan dan pembangunan keluarga dan masyarakat.

Pembinaan rumahtangga muslim telah menuntut wanita untuk meluangkan masanya lebih banyak dirumah bersama-sama keluarga.

Wanita bukan setakat menguruskan hal-hal yang berkaitan rumahtangga, keperluan suami serta anak-anak, malah yang lebih utama adalah mendidik serta mentarbiah anak anak.

Ini kerana perjuangan wanita adalah bermula dari rumah.

Dalam masa yang sama, wanita juga dituntut untuk memenuhi ruang-ruang dalam masyarakat dalam bidang pendidikan, ekonomi pengurusan dan pelbagai lagi.

Untuk itu, wanita perlu kuat. Kuat jiwa, jati diri, mental dan fizikal.

Moga Ramadan yang telah kita lalui memberi bekalan yang cukup untuk kita terus berjuang dan berjuang.

Moga Ramadan yang lalu juga menjadikan diri kita wanita yang punya hati yang kental dalam menghadapi ujian.

Salam Aidilfitri saya ucapkan
Di hari lebaran kita raikan
Teguhlah berdiri wanita Islam
Keluarga agama negara dan bangsa kita perjuangkan

Ustazah Dr Suriani Sudi
Ketua Wanita ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button