Dunia

Burj Khalifa disinari ucapan Aidilfitri

Cara menarik Dubai memperingati Aidilfitri ketika ancaman COVID-19

DUBAI, 1 Syawal 1441H, Ahad – Bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa mempunyai cara tersendiri menyambut kehadiran Aidilfitri dengan mempamerkan pertunjukan LED.

Dalam satu satu video berdurasi 50 saat di laman Twitter Burj Khalifa, pertunjukan LED itu dijalankan berlatar belakang kanvas hitam untuk tontonan awam.

“Kami mengucapkan anda bersama yang tersayang selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam kapsyen di video berkenaan.

Pihak berkuasa Dubai menggunakan pelbagai kaedah untuk memperingati Aidilfitri tahun ini, pada ketika masyarakat dunia berdepan dengan ancaman COVID-19.

Awal bulan ini, Burj Khalifa bergabung dengan mercu tanda global lain dalam memberi penghormatan kepada petugas barisan hadapan yang bergelut memerangi penularan jangkitan coronavirus. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close