Berita Utama

Ambil iktibar pesanan Nabi Ibrahim berpegang kepada Islam

Janganlah mati kecuali dalam keadaan sebagai seorang muslim

BANGI, 1 Syawal 1441H, Ahad – Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyeru umat Islam supaya mengambil iktibar daripada pesanan dan wasiat turun-temurun keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.

Beliau berkata, Nabi Ibrahim telah berpesan kepada anaknya bahawa Allah SWT memilih untuk mereka agama, maka janganlah mati kecuali dalam keadaan sebagai seorang muslim.

Ustaz Abdullah Zaik menyeru umat Islam mengambil iktibar daripada wasiat apabila Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob sentiasa mengingatkan anak cucu mereka supaya berpegang serta beriman kepada agama Allah SWT.

“Demikianlah ummah yang telah berlalu dan mereka telah dapat apa yang mereka usahakan dan kamu telah mendapat apa yang kamu usaha, dan kamu tidak ditanya apa yang orang lain lakukan.

“Dengan pesanan turun-temurun ini maka terbentuk satu generasi ke generasi dan terbentuklah satu ummah yang mewariskan agama kepada ummah lain, generasi yang mewariskan agama kepada generasi lain dan terbentuklah satu ummah yang besar,” katanya dalam khutbah khas sempena Hari Raya Aidilfitri, hari ini.

Ustaz Abdullah Zaik berkata, umat Islam hari ini adalah sebahagian daripada ummah besar dengan mengamalkan wasiat yang ditinggalkan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Yaakob AS.

“Alhamdulillah kita sebahagian daripada ummah besar dengan kita mengamalkan wasiat yang telah ditinggalkan Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.

“Marilah berpegang teguh pada wasiat ini dan jadikannya turun-temurun pada generasi akan datang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close