Berita Utama

Anggota polis cedera dirempuh 10 motosikal

Kesemua mereka cuba melarikan diri daripada sekatan polis

KLUANG, 1 Syawal 1441H, Ahad – Seorang anggota polis cedera di beberapa bahagian badannya selepas dirempuh kira-kira 10 buah motosikal yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis.

Astro Awani melaporkan Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kejadian berlaku ketika polis sedang menjalankan Ops Lebaran di Jalan Lingkaran Tengah, Stadium Kluang lewat malam tadi.

Sebelum serbuan, ramai orang berkumpul di kawasan tersebut sambil menunjukkan aksi berbahaya.

Menyedari kehadiran polis, kumpulan tersebut cuba melarikan diri namun gagal.

Mohd Abduh berkata, dalam operasi tersebut seramai 91 individu berjaya ditahan, selain pihak berkuasa turut merampas 74 motosikal dan enam buah kereta.

Kes disiasat mengikut seksyen 353, seksyen 269, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020, dan seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close